Janjiku wahai sahabat
aku sedih skrg ni sbab one of my bestfren bersedih, aku tak tahu nak bantu die camne, sbab semua ni melibatkan hati dan perasaan. Betapa peritnye kesakitan yg ditanggung dikala org sekeliling ditemani yg tersayang sedangkan diri dlm kesunyian tak berteman, walaupun kawan2 rapat memberi kekuatan dan semangat utk mengharungi kesulitan ini, tp semua itu belum cukup lagi utk menenteramkan hati dan perasaan die dikala ini. lebih pedih lagi berakhirnye perhubungan bukan atas kesalahan\kehendak kedua2 belah pihak, kedua2nye terpakse bekorban melupakan soal hati dan perasaan mereka demi keluarga tersyg. Sungguh besar dugaan yang engkau alami wahai sahabatku, tidak tercapai perasaanku ini untuk mendalami perasaanmu itu. Hanya ini yang dapat ku berikan padamu wahai sahabat, bahuku utk kau bersandar, telingaku utk mendengar keluhanmu, pelukanku utk menenteramkanmu, masaku utk menemanimu ,gelak ketawaku utk mengembirakanmu dan doaku agar kau sentiasa tabah dalam mengharungi kesulitan ini. Ingatla wahai sahabat, Allah tidak akan menimpakan hambaNye dgn bebanan yg diluar kemampuan hambaNya. Maafkan aku wahai sahabat, kerana hanya ini sahaja yang mampu aku lakukan. Andai kata aku dapat melontar jauh segala kesunyian, kesedihan dan kesakitan itu dari hatimu akan aku lontar sejauh mungkin hingga tiada satu waktu pun kau merasai perasaan itu dalam hidupmu. Tabahkanlah hatimu wahai sahabat. Ingatla sahabatmu ini sentiasa setia menemanimu dlm mengharungi dugaan ini.
July 28th, 2008 at 11:36 pm
terharu nyer nana…..