Hari ini perasaan aku berkecamuk dgn pelbagai perasaan..takut,malu,sedih dan gembira..GEMBIRA kerana aku skrg telah bergelar seorang graduan,tetapi masih awal bagi ku mengatakan ia percapaian tertinggi aku dalam merealisasikan diri ini sebagai org yang disegani dr segi nama dimata makhluk bernama manusia..masih banyak lagi anak2 tangga yang perlu aku daki untuk menjadi sehebat itu..buat mase sekarang biarlah aku berehat seketika sehingga aku betul2 bersedia untuk itu semua..aku GEMBIRA kerana seseorang yang begitu istimewa bagiku berada disampingku berkongsi saat indah dan bersejarah bersama2 dgnku..terima kasih my lovely mother ‘CIK’…walaupun luka kesan daripada kemalangan tempoh hari masih belum recovered tetapi cik masih sanggup meraikan saat2 bermakna ini bersama dek na..aku bersyukur kerna tuhan mengizinkan aku berada didalam rahimmu selama hampir 8 bulan dan selamat dilahirkan oleh mu walaupun begitu perit,pedih,sakit melahirkan aku melalui proses pembedahan…terima kasih kerna masih sudi melahirkan anakmu ini walaupun dlm keadaan yang penuh cabaran dan dugaan..dan ampunkanlah anakmu ini sekiranya tingkah lakuku sering merungsingkan dan menyakitkan hati dan perasaanmu…aku menyatakan kekesalanku kerana masih jua mahu dirimu disampingku meraikan hari bersejarah ini,tetapi ketahuila cik sekiranyeku tahu lukamu masih belum sembuh sepenuhnya lagi,tidakkan aku sekali kali meminta dirimu hadir ke majlis konvokesyenku kerana dirimu lebih penting daripada segala2nya didunia ini..tetapi dirimu hanya menyatakan padaku yang kesakitan yang dirimu alami tidak terasa sedikit pun tatkala melihat aku berjaya dan gembira…kolam air mata ini pecah lagi tatkala mendengar keikhlasan itu dibibirmu..TERIMA KASIH CIK..pengorbananmu itu terlalu tinggi pada anakmu ini..adakah aku akan sanggup berkorban kepada anakku nanti sepertimana pengorbanan IBUku ini terhadapku..tetiba aku teringat..semasa aku beratur menunggu giliran utk menerima skrol drpd baginda,seseorang dihadapanku menghadapi masalah tertinggal kertas nama..selepas kami duduk kembali,die menerangkan kpdku punca drpd masalah td..dgn penuh kesayuan…"sorryla psl tadi de masalah skit..hari ni hari bersejarah akak tapi xde org pun yang sudi nak berkongsi hari2 gembira ni ngan akak..walaupun rumah keluarga dlm neg selangor tapi tiada sorg pun drpd family akak hadir ke UM,even mak akak sendiri..adik akak hanya memberi alasan MALAS sbab nanti mesti tunggu lama,abg akak hanya menghantar akak depan DTC then balik kerumah…terasa sedih ngat tgk semua org datang bersama family masing2…nasib baik de pakcik tadi tolong amikkan gambar mase berjln atas pentas..terpaksela akak menebalkan muka meminta tolong…terdetik dlm hati ini,YA ALLAH bertuahnya aku memiliki family yang ENGKAU kurniakan kepadaku ini,walaupun dlm keadaan belum sembuh sepenuhnya ibuku masih berada disampingku berkongsi kegembiraan ini,walaupun kakakku terlampau bz skrg ni,masih jua spentkan 1 hari utk bersama meraikannya bersamaku..walaupun kebanyakan ’sibling’ku padat dgn kerja masing2..sempat jua mereka bertanyakan khabar dr jauh keadaan hari bersejarahku..aku teramat2 bersyukur diatas segala kurniaan yang tidak terhingga ini drpdMu..ingin sekali aku memeluk ’sibling’2ku menyatakan perasaan Terima Kasihku yang tak terhingga diatas segala kasih sayang yang dicurahkan…(mak aku adh biasa kene peluk ngan aku…he3) CIK setiap kejayaan yang aku miliki sekarang adalah berkat daripada tunjuk ajarmu,kasih sayangmu,pengorbananmu,titisan air matamu,setiap peluh yang mengalir ditubuhmu mencari rezeki untuk membesarkan anakmu ini….tiada sebaik ungkapan yang dapat aku katakan selain tanpa dirimu aku tidak sekali kali dapat sampai ketahap ini…TERIMA KASIH CIK…Luv u so so so so so so so so so so so so so MUCH